Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang
beriman (mukmin), bersih dari segi lahir dan batinnya, mengambil makanan
yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha
menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat
dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah
seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau
dimana saja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan
keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah
semata mata kerana ia berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan
KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerahkan keyakinan dan ketaatan dan
sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus
sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka
seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas
kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita
menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri
dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa
kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah
semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu senua. Antara
hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah
perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan
hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.
KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG
DIMAKSUDKAN OLEH AL-QURAN DAN AL-HADIS…..
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah tujuan dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada
Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara
mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa
saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan
insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cobaan daripada Allah swt.
setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi
segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam
keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan
dan tekanan musuh.
Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh……
1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.
1. MENCARI NAFKAH………. Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum
Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal
dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk
mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya
terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya
lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang
lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas
ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan
tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari
keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya
sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi
perkara yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi
menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari
keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan
cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat.
Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu
dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau
jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.
” Bagi orang orang yang telah mengerjakan
kewajipan agamanya dengan baik,kemudian terasa penat dan letih pada malamnya,
sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya
memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur
yang nyenyak”.
Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang
mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha
mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.
Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan
janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.
Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak
membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan
dengan peraturan-peraturan umum.
Antara cara cara pencarian harta yang
diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang
diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.
2. BERJIHAD FISABILILLAH Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak
ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi
Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila
berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga
menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.
Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh, yang mana pekerjaan utamanya
membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak
terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua ‘YUQTAL AU YAGHLIB’ yakni
TERBUNUH atau MENANG.
3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari
peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat
Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak
balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya
oleh golongan tersebut.
” Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan,
bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan
tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah
dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu
segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”
Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang
tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah
memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam.
4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI……
1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri
yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya
menjadi isteri solehah.
2. Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga
dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi
masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga.
Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat
melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa
mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan
cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk
dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan
buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami yang soleh akan
sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa
menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan
isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan
rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.
Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang
terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara
kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu Majah )
Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga...
Syukurnya Pol deh kalo dapet suami macem begini yah x')
Sumber: https://generusjaktim2.wordpress.com/ilmu/siapakah-yang-dimaksudkan-dengan-lelaki-soleh/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waaah ini mah dambaan wanita sholehah manapun naaad hihihi.
ReplyDeleteAmin amin amin semoga sifat2 suamiku dan calon suami nadya nanti seperti di atas yaaa. :)
amiiiiiinn.. amiin amiin mitaaa x') :*
ReplyDelete